Demonstrasi Penjagaan Artifak

Pada 3 Mac lalu, Dup 4 telah menerima kunjungan daripada pihak Muzium Sungai Lembig untuk berkongsi pengetahuan serta cara bagaimana untuk menjaga artifak mengikut prosedur dari Muzium seluruh dunia. Ia telah diadakan di TECC PMKu bersama dengan para pelajar Dup4. Dimulakan dengan perkongsian pengetahuan am mengenai asal usul Muzium Sungai Lembing. Banyak pengetahuan yang para pelajar Dup4 dapat dari perkongsian oleh Kakitangan Muzium.





Setelah selesai perkongsian ilmu oleh Kakitangan Muzium tersebut, kami mendapat banyak maklumat yang menarik tentang Muzium Sungai Lembing yang kami sendiri tidak mengetahui nya. Selepas itu, slot seterusnya diisi oleh seorang lagi petugas yang berpengalaman mengenai penjagaan artifak berharga dan berusia lebih 100 yang ada di Muaium Sungai Lembing. Kami didedahkan dengan beberapa cara untuk menjaga artifak yang berusia lebih 100 untuk mengelakkan artifak yang sedia ada untuk terus lupus ditelan zaman. Artifak sebegini perlu dijaga dan dirapikan semula untuk tatapan generasi yang akan datang.




Selepas tamat semua, Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Muzium Sungai Lembing diatas kesudian Pihak mereka kerana sudi meluangkan masa bersama para pelajar Dup4.















Comments

Popular posts from this blog

Ada apa di Muzium Seni Pahang