Ada apa di Muzium Seni Pahang




Pada 14 Januari 2020, para pelajar Dup4 telah mengambil bahagian dalam mengikuti lawatan ke Muzium Seni Pahang. Kami dibawa kesana untuk dipertunjukkan tentang seni warisan melayu yang diitinggalkan oleh masyarakat yang terdahulu. Pelbagai jenis seni yang menarik telah dipertontonkan kepada kami seperti lukisan, alat muzik dan seni tarian.


Segelintir masyarakat sekarang makin kurang didedahkan dengan seni warisan yang ditinggalkn, peranan pihak muzium menjadi utama dengan mengetengahkan warisan melayu yang ada di setiap muzium agar tidak ditelan zaman, bak kata pepatah "Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas".









Jika anda suka/ meminati warisan seni, datangilah ke Muzium2 yang berdekatan untuk menghargai warisan seni yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang kita. Kaum Melayu adalah bukan setakat pada nama, tetapi Bangsa Melayu pernah menjadi satu bangsa yang paling disegani Seantero dunia.

Comments